Netflix Gaming dilancarkan, buat masa ini hanya di Poland

Selepas mengumumkan pembabitan mereka di dalam arena permainan video, Netflix kini melancarkan Netflix Gaming. Namun, buat masa ini ia hanya dilancarkan di Poland untuk pengguna Android sahaja. 

Pelancaran ini adalah sebagai ujian semata dan buat masa ini hanya dua permainan yang ditawarkan di platform ini iaitu, Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3: The Game. 

Servis langganan berasakan permainan bukanlah perkara baru. Namun, disebabkankan pandemik yang melanda, ia menjadi semakin popular berikutan ramai yang tidak boleh meninggalkan rumah. Antaranya Amazon Prime yang juga menawarkan kandungan permainan. 

Netflix juga pernah menyatakan, meskipun penambahan ciri permainan ini, pelanggan sedia ada Neflix tidak akan dikenakan pembayaran tambahan. Malah, mereka boleh menikmati kandungan permainan tanpa iklan dan boleh memuat turun permainan secara percuma.

Buat masa ini, masih tiada perancangan Netflix Gaming akan dilancarkan di iOS. Tetapi, mereka ada menyatakan hasrat untuk membawa servis mereka di konsol dan PC pada masa akan datang. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+