Tekken dengan anime terbaru di Netflix

Netflix membuktikan mereka mampu untuk membuat anime yang baik seperti Castlevania.

Kini mereka meneruskan lagi dengan adaptasi Tekken untuk siri anime di Netflix seterusnya.

Tekken: Bloodline Animated Series Announced for Netflix in 2022 - IGN

Protagonis kali ini sudah semestinya Jin Kazama dan dikatakan siri ini akan mengambil latar masa Tekken 2 dan Tekken 3.

Jun Kazama, ibu kepada Jin juga ditunjuk sedang melatih Jin untuk menjadi pelawan terbaik.

Dalam video itu juga terdapat Ancient Ogre yang menjadi antagonis utama Tekken 3 di mana itulah kemunculan pertama Jin dalam permainan video Tekken.

Heihachi Mishima juga diperkenalkan sebagai datuk kepada Jin.

Terdapat juga Paul Phoenix, King, Kazuha Mishima, Ganryu dan Leroy Smith di dalam trailer itu.

Netflix juga sedang membangunkan siri anime Devil May Cry yang bakal dibuat oleh syarikat terkenal anime MADHOUSE.

Anime ini dijangka akan ditayangkan tahun ini di Netflix.

RELATED NEWS

+