Streamer fenomena, Tyler “Ninja” Blevins mencipta sejarah tersendiri hari ini apabila meraih 24 juta pelanggan (subscribers) di saluran Youtube miliknya.
We just hit 24 million subs on @YouTube Never in my life could I have dreamed of this support you all give me. Thank you šš¼ #TimeIn #TeamNinja
ā Ninja (@Ninja) July 24, 2020
Ninja adalah penghibur penstriman langsung yang sangat dikenali di Twitch menerusi strim-strim Fortnite yang melonjakkan lagi nama beliau dalam komunitiĀ gaming. Ninja sebelum ini pernah berkolaborasi dengan jenama sukan seperti Adidas.
Beliau juga menjadi ikon e-sukan pertama yang ditampilkan di majalah ESPN.
Sebelum ini, Ninja berhenti strim di Twitch dan beralih ke Mixer dengan menandatangani kontrak lumayan bersama syarikat Microsoft itu. Namun, selepas Mixer dilaporkan ditutup, Ninja kini menjadi ejen bebas dan tidak terikat dengan mana-mana platform penstriman langsung.
Rata-rata video Ninja di Youtube mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan sentiasa dimuat naik beberapa kali seminggu.
Anda boleh melihat kesemua videonya di saluran Youtube rasmi ini.