Ninjas in Pyjamas bergabung dengan ESV5 bagi memasuki pasaran Wild Rift dan LoL

Selepas beberapa bulan khabar angin, akhirnya Ninjas in Pyjamas (NIP) mengumumkan bergabung dengan syarikat e-sukan besar dari China iaitu ESV5.

Di bawah gabungan ini, pasukan LoL bernaung di bawah NIP akan mula bermain di Liga Profesional League of Legends (LPL), yang terbesar di negara itu.

Lapor Forbes, segala operasi pasukan League of Legends mereka akan bertempat di Shenzhen, China yang mana mereka akan diberikan fasiliti latihan, pejabat dan home arena. Selain LoL, NIP mempunyai roster dalam VALORANT, CS:GO, Rainbox Six Siege dan FIFA yang dikendalikan di Stockholm, Sweden.

Di pasaran mudah alih, NIP Group akan mengambil alih operasi eStar Gaming dan memasuki arena kompetitif League of Legends: Wild Rift.

Gabungan ini dikatakan untuk memasuki pasaran e-sukan terutamanya League of Legends yang popular di seluruh dunia. 

Sumber: Forbes 

RELATED NEWS

+