Nino yakin dapat tewaskan EVOS SG kerana sasaran mereka ialah Blacklist International

Alter Ego baru sahaja berjaya memenangi perlawanan menentang Rebellion Genflix dengan skor 2-0. Mutu permainan yang sangat konsisten semejak pertarungan pertama dengan Orange Esports sebelum ini.

Menerusi wawancara selepas perlawanan menentang rakan senegara itu, Nino mengaku beliau merasa senang hati dapat mengalahkan Rebellion Genflix dan percaya akan dapat mengalah EVOS SG selepas ini.

Namun begitu, lawan utamanya tetap menjadi pasukan Blacklist International. “Saya merasa senang hati dapat dapat mara ke peringkat seterusnya. Saya sudah membuat persiapan secukupnya untuk menewaskan EVOS SG 2-0 kerana ingin bertemu Blacklist International,” ujar beliau.

Nino juga memohon sokongan dari Alterchamps yang menjadi tunggak utama kekuatan mereka sehingga ke hari ini. Mampukah pasukan Alter Ego mara ke peringkat seterusnya? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+