Nintendo Switch Boleh Jawab Panggilan Chat Dalam Rancangan TV Dari Taiwan

Dahsyat juga Nintendo Switch ada kepelbagaian fungsi.

Memang tidak dinafikan Nintendo Switch merupakan konsol terhangat di pasaran Taiwan sehingga sampai masuk ke drama televisyen tapi penggunaannya agak janggal sedikit.

Semasa tayangan episod ke-238 untuk rancangan berjudul 100% Wife, seorang wanita diculik oleh seorang otaku dan dikurung dalam bilik otaku itu. Kemudian, perempuan itu menjumpai sebuah konsol game lalu dia gunakan untuk menghantar friend request kepada seorang lelaki yang dia kenali. 

Yang menariknya, lelaki yang sedang memandu kereta untuk terima request wanita itu dan mereka berdua berhubung melalui Switch. Walhal, fungsi voice chat tidak wujud di konsol Switch dan setakat ini, fungsi itu hanya tersedia di sebuah aplikasi telefon pintar, Nintendo Switch Online.

Korang boleh saksikan seluruh babak ini di bawah:

Sumber: Nintendo Soup

RELATED NEWS

+