Nintendo Switch sudah memecah rekod jualan Xbox 360 serta PS3 setakat ini

Nintendo Switch sudah terjual lebih daripada 89 juta unit, membantu Nintendo mengalahkan jumlah penghantaran Xbox 360 dan PS3 untuk menjadi konsol permainan ke-7 terbesar sepanjang zaman.

Diumumkan sebagai sebahagian dari hasil kewangan terbaru Nintendo, Switch kini mencapai 89.04 juta unit yang dikirimkan dan menjadikannya di dalam momentum untuk menjual lebih dari Nintendo Wii (101.63 juta unit) pada masa lalu. Nintendo Wii adalah konsol terlaris Nintendo sebelum ini.

Nintendo menjangkakan akan menjual 20.5 juta lebih banyak konsol pada tahun kewangan semasa (berakhir Mac 2022) yang akan membantunya untuk mengalahkan rekod yang dipegang oleh Wii sebelum ini.

Ketika menamatkan pengeluaran konsol itu, Xbox 360 sudah mencapai jualan sebanyak 86 juta unit semantara PS3 sebanyak 87.4 juta unit.

Sudah tentu, matlamat utama Nintendo adalah mengalahkan pemegang rekod sepanjang masa, PS2. PS2 mencapai rekod yang sangat hebat dengan jualan sebanyak 155 juta unit. Ia pasti sukar untuk dikalahkan setakat ini.

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+