Novel grafik TMNT, The Last Ronin akan jadi permainan video

Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) selalunya menceritakan dunia TMNT yang penuh kegembiraan dan pizza di mana-mana.

Lain sedikit untuk The Last Ronin, grafik novel yang dikeluarkan pada tahun 2020 menceritakan kisah gelap masa hadapan penyu-penyu TMNT.

Permainan video The Last Ronin akan membuat adaptasi lebih matang dan jahat, lain daripada Ninja Turtles biasa yang penuh berwarna.

The Last Ronin menceritakan satu dunia dimana hanya seekor penyu sahaja yang terselamat.

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin action RPG in development -  Gematsu

Penyu ini menggunakan topeng hitam dan berlawan menggunakan kesemua senjata TMNT iaitu nunchaku, sai, bo staff dan dua katana.

ArtStation - TMNT : The Last Ronin #5

Sehingga penhujung isu pertama, penyu ini didedahkan sebagai Michelangelo dan kini mahu membalas dendam terhadap Foot Clan apabila mereka membunuh Master Splinter dan abang-abangnya.

The Last Ronin juga akan memberi fokus kepada permainan single-player.

Permainan video ini menyasarkan peminat-peminat TMNT yang lebih tua dan matang.

The Last Ronin kini sedang dibangunkan oleh sebuah studio yang tidak diberikan nama dan berkemungkinan besar akan hadir dalam beberapa tahun lagi.

RELATED NEWS

+