Ini Dia #10yearchallenge Untuk Karakter Dalam Permainan Video!

Sebelum ini penulis kumpulkan gamers yang menyahut cabaran #10yearchallenge. Untuk artikel kali ini, jom tengok bagaimana perubahan karakter dalam permainan video dari 10 tahun dulu pula. Macam mana perubahan grafik mereka dalam jangka masa satu dekad ini?

Sonic – Nampaknya karakter ikonik sepanjang zaman ini mungkin akan menerima feature film pertamanya bagi tahun ini.

Kratos – Kini pembunuh dewa-dewa ini bergelar bapa. Kratos mempunyai tanggungjawab berat menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada Atreus dan beliau mempelajari bagaimana empati dapat menewaskan kejahatan tanpa keganasan semata-mata.

Sora – Bagaimana dari budak kecil, sekarang menjadi pemegang senjata keramat Keyblade. Tak sabar nak tengok pembaharuan dibawakan Sora dalam Kingdom Hearts III.

Tak sampai 10 tahun apabila Dante tiba-tiba berambut pendek dan try to act cool dalam DmC: Devil May Cry. Dante disebut-sebut peminat kerana terlaly try hard dan kemudian sekarang dalam Devil May Cry 5, beliau kembali kepada wajah klasik. Mungkin Devil May Cry 5 akan membawakan pembaharuan lebih baik bagi Dante.

Spiderman menampakkan perubahan paling ketara antara kesemua karakter. Visual 4K sangat memainkan peranan dalam perubahan ini. Dan syabas kepada Insomniac Games yang memberikan kita peluang menyaksikan Spidey melayang di bandaraya New York. Pastinya Spider-Man akan kelihatan lebih hebat pada permainan baru di konsol generasi seterusnya nanti.

Cullen Rutherford (dari kiri: Dragon Age Origins (2009) & Dragon Age Inquisition (2014). Beliau adalah Fereldan Templar dan bertindak sebagai penasihat militari dalam Dragon Age: Inquisition. Beliau juga adalah pilihan untuk menjalinkan hubungan romantik bagi Human dan Elf inquisitorHandsome!

Pernah ke Pikachu berbulu eh? Yang penulis tahu, dia berwarna kuning dan selalu menemani Ash ke mana sahaja. Kali ini, Pikachu bukan saja ala-ala detektif tapi juga mempunyai suara Ryan Reynolds dan ia berbulu! Nantikan filem pertama Pokemon ikonik ini di pawagam pada Mei 2019.

Nathan Drake nampak lagi matang seperti lelaki pertengahan 40-an. Perjalanannya sebagai pencari harta karun tak pernah lenyap malah penuh dengan dugaan lebih besar pada setiap entri baru.

Lara Croft Tomb Raider mempunyai pertukaran visual agak ketara juga selain Spider-Man. Dari visual yang 2D kini menampakkan kesemua ekspresi. Dan dengan keluarnya Shadow of the Tomb Raider, peminat dijanjikan dengan pengalaman meneroka makam-makan yang lebih epik berbanding dulu.

Contra takkan pernah luput dalam ingatan sejak dikeluarkan di Nintendo Entertainment System (NES) pada 1987. Sekarang, ia menerima pembaharuan dari Garena. Dengan adanya platform di peranti pintar, korang boleh cuba permainan ini sekarang! baca REVIU kami.

Kalau korang ada terfikir karakter lain, boleh suarakan di ruangan komen! Jangan lupa ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming terkini!

RELATED NEWS

+