Oheb mahu Estes mendapat skin ekslusif untuk M3 kali ini

Susulan dari kemenangan yang menakjubkan ke atas pasukan ONIC PH. Blacklist International berjaya menjadi juara Kejohanan Dunia M3 dengan kemenangan 4-0.

Mereka memecahkan rekod apabila mendapat kemenangan dengan skor sebegitu yang belum pernah didapatkan ketika edisi 1 dan 2.

Oheb selaku MVP sepanjang M3 membawa pulang US10 ribu (RM42 ribu) dengan persembahan yang begitu menarik menggunakan Alice, Harith, Natan dan juga Beatrix.

Di dalam sesi temubual selepas menjadi juara M3, Oheb menyatakan beliau mahu Estes mendapat skin ekslusif untuk Kejohanan Dunia M3 kali ini.

Menurut beliau, Estes adalah hero yang berjaya membawa mereka melangkah sejauh ini dari MPL PH musim ketujuh. Kita dapat lihat ketika mereka draft Estes juga sukar untuk ditewaskan dan banyak pasukan yang terpaksa respect ban hero itu.

Sebelum ini, Harith mendapat skin untuk M1 bagi EVOS Legends manakala Lancelot menjadi pilihan Bren Esports untuk skin M2.

Adakah Estes akan mendapat skin M3 kali ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Foto: Deviantart, Makinig

RELATED NEWS

+