ONIC Esports adalah juara MPL ID musim kelapan

Perlawanan Grand Final menyaksikan Sang Raja RRQ Hoshi akan berlawan dengan pasukan ONIC Esports untuk merebut gelaran juara MPL Indonesia musim kelapan.

Kedua-dua pasukan sudah berjaya menempah tiket ke M3 ketika ini, ONIC Esports mendahului dengan skor 3-1. Mereka hanya tinggal 1 sahaja lagi perlawanan untuk menjadi juara.

Namun begitu, pasukan RRQ Hoshi berjaya memberikan serangan balas dan mereka tidak mahu mengalah begitu kalah dengan begitu sahaja. Mereka berjaya memaksa pasukan ONIC untuk bermain perlawanan ketujuh.

Pasukan ONIC Esports kecundang pada minit awal perlawanan terakhir. Karina yang digunakan oleh Alberttt memberikan tekanan yang sangat hebat kepada mereka. 

Akan tetapi, perlawanan di lane bawah pada minit ke-10 menjadi kunci kemenangan pasukan ONIC. Mereka berjaya menumbangkan Clayyy, Alberttt, R7 dan Vynnn untuk melakukan final pushing.

Xinnn yang cuba untuk recall mempertahankan base tidak berjaya kerana dihalang oleh Drian. Satu kemenangan yang cukup dramatik buat ONIC Esports.

Tahniah diucapkan kepada pasukan ONIC, mereka berjaya membuktikan mereka mempunyai kualiti dan disiplin untuk menjadi juara musim kelapan.

Foto: ONIC Esports

 

 

RELATED NEWS

+