Overwatch 2 bakal kolaborasi dengan Cowboy Bebop

Musim ke-9 Overwatch bakal datang tidak lama lagi.

Banyak perubahan akan dibuat dari mod kompetitif, battle pass baharu dan tema seram untuk skin hero.

Blizzard Entertainment juga berkongsi kolaborasi bersama dengan Cowboy Bebop.

Ini adalah kolaborasi anime kedua di Overwatch selepas One Punch Man.

Satu teaser pendek ditunjukkan di hujung trailer Overwatch 2 Musim ke-9.

Sudah semestinya kolaborasi kali ini akan membawa skin baharu dari dunia Cowboy Bebop. Skin Spike Spiegel untuk Cassidy?

Overwatch 2 Season 9 akan bermula 13 Februari ini.

RELATED NEWS

+