Overwatch 2 dan Diablo 4 tidak akan tiba pada tahun ini

Activision Blizzard telah menyatakan bahawa dua permainan besar daripada Blizzard iaitu Overwatch 2 dan Diablo 4 tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Perkara ini didedahkan oleh Dennis M. Durkin, Ketua Pegawai Kewangan Activision Blizzard, dalam panggilan pendapatan suku tahunan baru-baru ini.

Ini bermaksud kedua-dua permainan tersebut berkemungkinan dilancarkan pada tahun depan. Syarikat tersebut merancang untuk melancarkan satu lagi judul Call of Duty pada penghujung tahun ini. Permainan mudah alih Diablo Immortal juga dijangka tiba pada tahun ini.

Dennis menyatakan Activision Blizzard sedang merancang pelbagai kandungan menarik untuk tahun 2022. Selain daripada melancarkan kandungan untuk francais terkenal mereka iaitu Call of Duty, World of Warcraft, dan Candy Crush, mereka akan melancarkan beberapa permainan baharu di PC, konsol, dan peranti mudah alih.

Overwatch 2 sedang dibangunkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch. Diablo 4 pula akan dilancarkan di semua platform yang semua kecuali Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+