Team Malaysia kembali! – Jalan ke Overwatch World Cup

Selepas tiga tahun, akhirnya Overwatch World Cup kini kembali dan skuad Malaysia sudah semestinya mengambil peluang ini untuk dikenali semula di mata dunia e-sukan Overwatch.

Satu kelayakan Malaysia Trials akan diadakan untuk mencari pasukan terbaik di Malaysia dan juara bakal mewakili Malaysia ke Overwatch World Cup.

Apa itu Overwatch World Cup?

Overwatch World Cup adalah pertandingan tahunan antarabangsa pertandingan e-sukan dari Blizzard Entertainment.

Pertandingan ini sudah lama ditangguhkan disebabkan pandemik pada tahun 2019.

Negara kita adalah antara 36 negara terpilih untuk bertanding di Overwatch World Cup.

Overwatch World Cup to Return in 2023 - News - Overwatch

World Cup ini merangkumi toga persidangan dan enam rantau di mana negara China akan layak tanpa bertanding atas masalah lesen di sana.

Malaysia akan termasuk dalam region APAC B (Asia Pasifik) dan bakal berlawan dengan Australia, New Zealand, India, Singapura dan Thailand untuk 1 daripada 2 tempat di LAN finals.

Setiap negara dan kawasan akan mengadakan sesi World Cup Trials dan pasukan yang menang akan terus mendapat tempat percubaan pada bulan Mac ini.

Pemain lain pula boleh mencuba apabila mereka layak mendapatkan rank tertentu.

Dari percubaan ini, tujuh pemain akan dipilih untuk pasukan negara dan mewakili negara mereka.

Bermula Jun ini, 16 pasukan bakal berlawan di LAN sehingga ke perlawanna akhir di Amerika Syarikat nanti.

RELATED NEWS

+