Pemain dan pasukan Call of Duty League saman Activision sebanyak RM3.25 bilion

Pembangun Call of Duty iaitu Activision bakal disaman sebanyak AS$680 juta (RM3.25 bilion) oleh beberapa pemain Call of Duty League (CDL) dan pempengaruh.

Call of Duty® League™ – Reveal Trailer - YouTube

Saman ini dibuat atas monopoli tidak beretika dan menyalahi undang-undang dalam landskap e-sukan Call of Duty.

Antara individu ternama yang memfailkan saman ini adalah presiden OpTic Texas dan pengasas OpTic Gaming H3CZ.

Saman itu menuduh Activision yang menggunakan kuasa kuku besi mereka dengan memaksa pasukan CDL untuk membayar AS$27.5 juta (RM131 juta) untuk kemasukan dan mengambil 50% dari apa-apa keuntungan yang dijana oleh pasukan CDL sama adala bentuk penjualan tiket, penajaan dan lain-lain.

Salah satu kes fail yang menyenaraikan H3CZ, Scump dan H3CZ LLC sebagai plaintif, saman ini menuduh Activision yang mempunyai hak eksklusif untuk mewujudkan kontrak dengan mana-mana penaja dan penyiar.

Inside the Launch of the $300 Million Call of Duty League

Pasukan dan pemain juga tidak dibenarkan menyertai atau menyokong mana-mana liga Call of Duty profesional atau pertandingan lain selain daripada CDL, termasuk bermain dalam mana-mana perlawanan persahabatan komersial di stream.

H3CZ juga tidak dapat menyertai CDL sebagai pemilik berseorangan sehingga memaksanya untuk bergabung dengan Envy.

Dia dan Scump kehilangan banyak keuntungan disebabkan CDL.

Saman itu juga diteruskan dengan Activision Blizzard yang mendapatkan Major League Gaming 2016 tanpa kelulusan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerisa Syarikat.

Activision juga sekaligus memonopoli apa-apa pertandingan profesional CoD dan tidak mahu memberi lesen untuk penganjur melaksanakan pertandingan komersial yang lain.

Wakil dari Activision mengeluarkan kenyataan mereka akan mempertahankan diri dari kenyataan yang dibuat untuk menyaman mereka.

“Kami kecewa dengan saman ini kerana saman ini bakal mengganggu pemilik pasukan, pemain, peminat dan rakan kongsi yang sudah melabur masa dan tenaga untuk kejayaan Call of Duty League.” ujar wakil tersebut.

Rujukan: DotEsports

RELATED NEWS

+