Pandang pertama game aksi roguelite daripada Malaysia, Endura

Kebiasaannya kita melihat permainan roguelite adalah di dalam bentuk 2D atau permainan perspektif dari atas. Selain Risk of Rain 2, tdak banyak roguelite yang dimainkan di dalam third-person.

Di sinilah Endura, permainan buatan Malaysia cuba penuhi, dengan pengalaman yang baru dibawa oleh IFiO Studio di mana pemain akan berinteraksi dengan aksi pantas, menentang raksasa fantasi, membawa benih pokok misteri dan merungkai rahsia dunia. 

Permainan ini berpusatkan Jack, seorang rekrut baru di dalam sebuah organisasi yang dikenali sebagai Endura yang ditugaskan untuk melindungi mereka yang memerlukan. Jack pula sebelum ini pernah dipenjarakan dan sedang mencari bapanya. 

Sepanjang kempen permainan ini, pemain akan membantu Jack dalam mencapai matlamatnya sementara menyelesaikan misi harian Endura. Sepanjang pengembaraannya, Jack dan rakan pasukannya perlu menyelamatkan Yagra, pokok dunia dan menewaskan raksasa yang dikenali sebagai Ulek Mayan.

Dari segi corak permainan, pemain akan dilengkapi dengan pelbagai pilihan pergerakan seperti menggunakan cangkuk dan mekanik gerak perlahan. Pemain juga akan diberikan rank pada akhir setiap misi, di mana lebih tinggi rank, lebih banyak misi akan dibuka.

Di samping Jack sebagai protagonis di dalam permainan ini, terdapat empat hero lain yang boleh dimainkan. Masing-masing mempunyai gerakan sendiri dan boleh disesuaikan mengikut citarasa pemain.

Selain daripada mod kempen utama, terdapat juga mod Seed Delivery yang memfokuskan tugas menghantar benih magikal di destinasi yang ditetapkan sepantas yang boleh, Haven’s Guard di mana pemain perlu melindungi penempatan, dan boss rush yang dikenali sebagai Darken Hunt. 

Endura disasarkan untuk dilancarkan pada 2023 untuk platform PC dan konsol. Ikuti IFiO Studio untuk kemaskini tentang permainan ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+