Dulu Discord jadi tempat untuk korang chit-chat dan communicate dalam game aje. Ada channel apa semua untuk korang ikuti perkembangan terkini dari media gaming dan streamer di serata dunia.
Tapi kita semua tahu setiap aplikasi mempunyai potensi untuk berkembang apatah lagi apabila ia tersedia di platform yang berbeza seperti di PC. Oleh itu, Discord kini mengeluarkan update baru iaitu Discord Store.
Ia masih berada dalam versi beta dan pelanggan Nitro juga akan menerima penambahbaikan.
Stor itu akan memaparkan permainan video dari pembangun seperti THQ Nordic dan pembangun Indie. Korang boleh check judul seperti Last Year: The Nightmare, Sinner: Sacrifice for Redemption dan King of the Hat.
Pelanggan Nitro akan mempunyai kelebihan seperti 60 permainan video dalam satu bundle hanya dengan harga USD9.99 sebulan. Discord juga melancarkan universal library baru untuk menyokong pengguna dan bagaimana mereka mencari dan bermain permainan video dalam library ini.
Korang boleh mencari dan melancarkan (launch) mana-mana game yang korang main sebelumnya – dari mana pun korang beli – hanya di satu lokasi.
Ia dilancarkan dalam bentuk beta pada Ogos di Kanada dan kini sudah rasmi dilancarkan di peringkat global. Korang boleh mula muat turun sekarang dan lihat antaramuka baru yang ditampilkan.
Sumber: VG247