Pasukan Malaysia kaut enam Booyah hari pertama, AV Radicals masih kekal di Top 1

Enam daripada lapan Booyah yang ditawarkan berjaya dicatatkan lima pasukan dari Malaysia pada hari pertama minggu kedua Kejohanan Majors MCPS musim keempat.

Statistik itu menunjukkan penguasaan pasukan tempatan dalam peringkat liga MCPS itu memberi satu perkembangan positif bagi aksi pembukaan minggu kedua.

Jaguh Free Fire tempatan, SEM9 menonjolkan persembahan yang menarik pada pusingan pertama Purgatory (A vs B) apabila meraih Booyah pertama dan pada pusingan terakhir Purgatory (A vs C) dengan pungutan mata singkir sebanyak 12 dan tujuh mata singkir.

Farang Esports meneruskan momentum pungutan Booyah itu apabila bijak mengawal zon permainan terakhir di kawasan utara Militia dengan mengmpul 11 mata singkir.

Selepas itu, Axis Esports mendapatkan Booyah pada pusingan ketiga Purgatory (A vs B) setelah menundukkan Todak dalam aksi empat melawan empat di persisiran Moathouse.

Walau bagaimanapun, wakil Filipina, AV Radicals masih kekal sebagai pendahulu liga selepas sempat mencuri dua Booyah pada pusingan kelima dan ketujuh dengan catatan 20 dan 14 penyingkiran.

Pasukan itu kini dengan menjadi pasukan pertama yang mencecah lebih 200 mata iaitu 275 mata secara keseluruhan. Farang di kedudukan kedua dengan perbezaan 76 mata di belakang. 

Kejohanan Majors MCPS musim keempat bagi minggu kedua hari pertama sudah selesai. Sebanyak 18 pasukan beraksi bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM313,000 (AS$70,000).

Peringkat liga juga akan bersiaran secara langsung di Facebook dan Youtube Garena Free Fire Malaysia bermula 3-25 September pada jam 1 Petang.

RELATED NEWS

+