Pasukan Malaysia, Team Mystic tempat ketiga dalam kejohanan amal Wild Rift SEA Pentaboom Showdown

Pasukan Malaysia, Team Mystic yang terdiri daripada Soloz, Fredo, Penjahat, Harris Annuar dan Ismail Izzani berjaya raih tempat ketiga di kejohanan Wild Rift SEA Pentaboom Showdown yang dianjurkan pada Sabtu dan Ahad (semalam).

Dalam kejohanan amal tersebut, mereka berjaya bawa pulang AS$10,000 (RM40,518). Bagi negara Malaysia juga, Riot Games memberikan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO), Wings Melaka bagi membantu kanak-kanak mengalami kecacatan perkembangan.

Sementara itu, pasukan Volley dari Vietnam berjaya muncul juara dan bawa pulang AS$20,000 (RM81,036) beserta lima buah kerusi koleksi Secretlab Omega League of Legends.

Foto: League of Legends: Wild Rift Malaysia

RELATED NEWS

+