Pasukan Omega Esports dan Nexplay EVOS diberi amaran keras, turut disaman

Penganjur acara kejohanan Mobile Legends Bang Bang di Filipina, MPL-PH, mengumumkan keputusan mengenai kontroversi perlawanan antara Smart Omega Esports dan Nexplay EVOS.

Penganjur menggariskan peraturan yang dilanggar oleh pasukan-pasukan dalam siri yang menampilkan barisan pemain yang tidak konvensional, skor sepihak, dan keseluruhan berkelakuan tidak profesional.

Menurut buku peraturan MPL-PH S8, kedua-dua pasukan melakukan kesalahan berikut: 12.1.1.2 Competitive Integrity, dan 12.1.5 Professional Manner.

Atas sebab kedua-dua pasukan terbabit dalam kejadian ini, Jawatankuasa Operasi MPL-PH memutuskan untuk menjatuhkan hukuman yang setara kepada kedua-dua pasukan

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pasukan memberi kerjasama dalam siasatan kes ini, namun, pasukan-pasukan ini masih bertanggungjawab atas isu ini.  Kedua-dua NXPE dan OMG akan mendapat penalti AS$3000 (RM12,475) dan diberi amaran keras.

Nasib Pemain

Beberapa orang pemain juga dijatuhkan hukuman dan tidak layak lagi untuk menerima anugerah individu pada musim ini. Pemain-pemain itu adalah:

  • Smart Omega Esports
    • Hito
    • Raizen
    • Dian 
    • Allidap
    • Z4pnu
  • Nextplay EVOS
    • Yawi
    • Renejay
    • YellyHaze
    • Dogie
    • H2wo 

Pemain Nexplay EVOS, Dogie, akan menerima hukuman tambahan kerana dilihat melakukan gerakan yang tidak berpatutan semasa siaran langsung. Dogie melanggar peraturan 12.2.1 Making a prohibited pose. Dogie disaman AS$500 (RM2079) dan penggantungan dalam dua perlawanan akan datang.

Pada akhir pengumuman, jawatankuasa MPL menyatakan alasan keputusan mereka.

“Kami ingin memperkukuhkan bahawa integriti kompetitif adalah salah satu nilai teras kami sebagai sebuah liga. Mana-mana pasukan atau pemain perlu patuh pada buku peraturan dan garis panduan seperti yang ditentukan di dalamnya dan mereka mesti  bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.”

Tambah mereka, “Kami akan terus berusaha untuk menjadi salah satu, jika bukan yang terbaik, liga e-sukan dan kami tidak akan membiarkan insiden ini menghalang keseronokan ketika bersaing,’

RELATED NEWS

+