MyStay@Home Challenge adalah satu kejohanan e-sukan dalam talian yang memupuk atlet e-sukan dari serata negara berentap untuk membuktikan kebolehan mereka.
Kali ini, edisi kedua kejohanan dianjurkan Esports Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini menyaksikan atlet e-sukan bertanding dalam lima permainan, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, DOTA 2, CS:GO dan FIFA Pro Clubs.
Bagi MLBB dan PUBG Mobile, wakil negeri akan dipilih untuk layak ke peringkat kebangsaan.
Kelayakan peringkat negeri bermula:
MLBB – 22 April
PUBG Mobile – 23 April
Tiga lagi permainan iaitu Dota 2, CS:GO dan FIFA Pro Club adalah terbuka dan tidak terikat kepada negeri yang diwakili pemain. Lihat poster di bawah untuk pecahan prize pool bagi setiap kategori permainan:
Link pendaftaran di Facebook Esports Malaysia di bawah: