Pasukan VALORANT Version1 bawa masuk zander

Organisasi e-sukan Amerika Utara, Version1, dikatakan sedang melakukan persediaan untuk menghadapi musim 2022, dengan menandatangani Zander di dalam barisan roster mereka.

Menurut laporan Upcomer, pemain SoaR Gaming, Zander atau nama sebenar Alexander Dituri akan menggantikan Chad “Oderus” Miller sebagai in-game leader.

Sebelum ini, zander beraksi dengan cukup cemerlang bersama pasukan sementara On The Way, dengan menewaskan Booster Seat Gaming dengan keputusan 2-0, di kejohanan separa profesional, Frag VALORANT Major – Philadelphia.

Bagi Version1 pula, 2021 bukanlah tahun terbaik mereka selepas tewas kepada NUTURN Gaming dan Fnatic pada VCT Stage 2: Master Reykjavik sebelum tersingkir daripada kejohanan itu. 

Mungkin dengan perubahan barisan roster sedikit sebanyak akan membantu Version1 kembali kuasai pentas Amerika Utara.

Sumber: Upcomer.

RELATED NEWS

+