PEI 2021: Dingoz, Team Secret bakal berdepan saingan sengit?

Kuala Lumpur: Pasukan Malaysia, Dingoz MPX dan Team Secret bakal berdepan saingan sengit di kejohanan Peacekeeper Elite Asia Invitational (PEI 2021) yang akan berlangsung pada 27 April ini.

Kejohanan PEI yang juga versi Asia untuk Peacekeeper Elite ini dianjurkan untuk mencari pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia.

Difahamkan, kedua pasukan Malaysia akan berdepan dengan Team Weibo dan RNG yang sememangnya hebat di China. Malah, mereka juga perlu menghadapi asakan dari Bigetron RA dan Geek Fam ID yang menjuarai PMPL ID musim ketiga baru-baru ini.

Melihat kepada pengalaman, Team Secret jauh lebih biasa bermain dengan pasukan antarabangsa kerana sudah banyak kali di peringkat Asia. Bagi Dingoz MPX pula, lebih banyak analisis perlu dilakukan mereka untuk mengenalpasti pergerakan dan dropspot pasukan lain.

Kejohanan ini menggunakan permainan Game For Peace, iaitu versi China bagi PUBG Mobile.

Sekarang, hanya tiga slot lagi tinggal yang akan diisi untuk Wildcard, liga PUBG Mobile Jepun dan liga PUBG Mobile Korea. 

 

Mampukah pasukan kita mempamerkan prestasi terbaik nanti?

Foto: Warga J

RELATED NEWS

+