Pelakon suara Nier Automata akan muncul dalam Nier Replicant

Pada penghujung bulan Mac, Square Enix mengumumkan Nier Replicant ver.1.22474487139… (ya, itu tajuk penuhnya). Yoko Taro (pengarah Nier) telah berkongsi maklumat baharu mengenai judul tersebut.

Pengguna Twitter Storm Yorha telah menterjemah laporan daripada isu terbaru majalah Famitsu yang mempunyai beberapa kenyataan daripada Yoko Taro.

Berikut adalah maklumat yang dikongsi dalam laporan tersebut:

  • Ia bukan sekadar remaster yang menambahbaik grafik dan audio.
  • Cara permainan diubah agar lebih selesa buat peminat Nier Automata.
  • Pembangun dari studio Platinum Games turut terlibat.
  • Lakonan suara baharu (dirakam semula) tetapi masih mengekalkan pelakon suara asal sekurang-kurangnya untuk watak-watak utama.
  • Watak-watak baharu akan diperkenalkan.
  • Pelakon suara 2B dan 9S dari Nier Automata turut terlibat.

Dalam isu yang sama, beberapa screenshots baharu juga telah didedahkan:

Nampaknya Yoko Taro mempunyai rancangan yang agak besar untuk judul ini kerana terdapat banyak perubahan yang menarik berbanding dengan Nier yang pertama.

Walaubagaimanapun, penulis masih berharap Nier Replicant akan mengekalkan kebanyakan aspek Nier yang asal kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri yang jauh berbeza dengan Nier Automata.

Sumber: ryokutya2089, Twinfinite

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+