Pelan E-Sukan 2021 Wild Rift dan Kejohanan IPT akan dimulakan seawal Januari depan

Riot Games Asia Tenggara mengumumkan pelan E-Sukan 2021 dan pelan kejohanan bagi institusi pengajian tinggi (IPT) untuk permainan Wild Rift.

Dalam satu kenyataan, Riot berkata, e-sukan Wild Rift akan dimulakan dengan kejohanan berskala kecil pada Januari hingga Mac untuk memperkenalkan kepada penonton bakat dan pasukan baru bagi setiap rantau.

Pada bulan April, kejohanan ini akan berubah ke lapan lokasi spesifik untuk pertandingan litar rasmi yang mana mereka akan bertarung merebut gelaran juara peringkat kebangsaan.

Selepas itu, juara ini akan bersaing dengan juara kebangsaan lain di peringkat Asia Tenggara.

Riot akan bekerjasama dengan ESL untuk kejohanan e-sukan di Malaysia dan The Gaming Company untuk e-sukan peringkat institusi pengajian tinggi.

“Kami faham pemain tidak sabar untuk kejohanan Wild Rift pada tahun depan jadi kami ingin memberikan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama organisasi e-sukan sepanjang tahun 2021,” kata Chris Tran, Ketua E-Sukan di Riot Games Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

RELATED NEWS

+