Pelayan Discord Amouranth digodam, semua ahli pelayan digantung olehnya

Salah satu ikon Twitch yang penuh kontroversi, Kaitlyn ‘Amouranth’ Siragusa, sering dilanda masalah. Sama ada masalah yang dicarinya sendiri atau masalah mencarinya, hidup beliau sentiasa dipenuhi kisah menarik.

Kisah terkini olehnya, pelayan Discord beliau digodam dan ahlinya turut digantung oleh penggodam itu.

Asalnya, Amouranth mendedahkan di Twitter bahawa pelayan Discord beliau sedang diselenggarakan apabila ia mula digodam dan hanya beberapa ahli yang digantung.

Tetapi, selepas beberapa lama, beliau akhirnya mengaku dan berkata, “Sebenarnya Discord digodam. Tetapi kami cuba memulihkannya.”

Ruang sembang umum pelayan penstrim ini dihidupkan semula pada 3 Januari dengan pengguna membincangkan penggodaman itu. Menurut beberapa ahli di pelayan, seorang penggodam menendang mod dari saluran dan ‘mengambil alih segala-galanya’ dan menghantar pautan spam yang membawa pengguna ke pelayan penggodam.

Mujurnya, segala masalah dapat diselesaikan selepas individu bermasalah dapat dikenalpasti dan dibuang dari pelayan itu. Setakat ini, masalah itu hanya melibatkan pelayan Amouranth dan tiada maklumat peribadi ditiriskan oleh penggodam.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+