Randy Orton obses dengan Elden Ring

Kini hampir 12 juta pemain yang membeli dan bermain Elden Ring di serata dunia dan menjadi obses.

Banyak lagi pemain-pemain Elden Ring cuba untuk menamatkan permainan ini walaupun dua bulan sudah berlalu.

Malah ada sesetengah pemain yang begitu obses dengan Elden Ring sehingga menghabiskan beribu-ribu jam untuknya.

Sudah semestinya Randy Orton pula kini sangat obses dengan Elden Ring dan kini banyak menghabiskan masanya di atas jalan.

Randy Orton menjawab dia kini sedang sibuk bermain Elden Ring dan mahu membunuh banyak bos dan menyerap runes mereka.

Malah ada seorang lagi peminat bertanya kepada Randy Orton mengenai level Elden Ring dan dia mengejutkan ramai orang apabila mencapai level 527.

Level ini tersangatlah tinggi untuk individu seperti Randy Orton dan tidak disangka dia menjadi peminat tegar Elden Ring.

Rujukan: Gamingbible

RELATED NEWS

+