Pemain professional Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) kelahiran Malaysia, Andrew ‘Kaze’ Khong sudah mendarat di Jerman untuk bersaing di IEM Cologne 2021."> Pemain professional Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) kelahiran Malaysia, Andrew ‘Kaze’ Khong sudah mendarat di Jerman untuk bersaing di IEM Cologne 2021." /> Pemain professional Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) kelahiran Malaysia, Andrew ‘Kaze’ Khong sudah mendarat di Jerman untuk bersaing di IEM Cologne 2021." />

Pemain CS:GO Malaysia, Kaze bersaing di IEM Cologne 2021

Pemain professional Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) kelahiran Malaysia, Andrew ‘Kaze’ Khong sudah mendarat di Jerman untuk bersaing di IEM Cologne 2021.

Kaze, merupakan satu-satunya wakil Asia Tenggara di acara itu merupakan seorang ‘AWPer’ untuk sebuah organisasi China, ViCi Gaming. 

Dianggap sebagai bakat yang dipandang rendah di dalam CS:GO, kemahiran Kaze dikatakan setanding Nicolai Hvilshøj “dev1ce” Reedtz, pemain professional CS:GO kelahiran Denmark, yang menjadi pemain pertama yang menang empat Major di dalam CS:GO.

Kaze mula bermain CS:GO sejak 2006 dan bermain secara kompetitif tiga tahun kemudian selepas cemerlang dengan permainan tersebut. Pada 2014, dia menjadi pemain simpanan untuk pasukan Singapura sebelum memperoleh posisi di dalam pasukan Malaysia, MVP.Karnal pada 2015. Barisan pasukan itu kemudian dimiliki oleh Fire Dragoon Esports.

Memperoleh reputasi sebagai salah seorang AWPer terbaik di Asia Tenggara, Kaze ditawar untuk bersaing di China, dimana dia menetap kini. 

Kaze dan pasukannya dijadualkan untuk bermain perlawanan pertama di atas pentas IEM Cologne menentang Complexity pada jam 9:20 malam (waktu Malaysia), 6 Julai ini.

Kesemua 16 pasukan akan bersaing di atas pentas, tetapi hanya lapan yang layak untuk bersaing mendapatkan hadiah AS$1 juta (RM4 juta) di acara utama yang mana pasukan Gambit, Natus Vincere, G2, Heroic and Virtus Pro sudah melayakkan diri. 

Semua perlawanan pembukaan akan dimainkan sebagai best of one dan permainan seterusnya akan dimainkan sebagai siri terbaik dari tiga (best-of-three). IEM Cologne 2021 adalah kejohanan CS: GO pertama yang diadakan secara LAN sejak berlakunya pandemik Covid-19 tahun lalu.

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.

RELATED NEWS

+