Baru-baru ini, kita melihat seorang streamer Apex Legends menipu secara terang-terangan. Kini, streamer Apex Legends dan bekas pemain pro Lucas ‘Mendo’ Håkansson pula dikenakan ban atau dilarang dari permainan battle royale Apex Legends, dengan salah satu akaunnya dihukum kerana “menipu”.
Ketika Apex Legends masih di peringkat awal, Mendo yang juga dikenali sebagai mendokusaii yang asalnya seorang pemain pro Overwatch dianggap sebagai yang terbaik dalam permainan itu, dengan kerap memenangi kejohanan dan membuat plays yang hebat.
Walaupun beliau tidak bertanding secara aktif sejak awal tahun 2020, Mendo masih dianggap pemain yang sangat mahir. Beliau juga dilihat bermain VALORANT jika beliau tidak bermain Apex Legends.
Dengan isu menipu yang berleluasa di battle royale saingannya, Warzone, Respawn dan EA jelas sangat sensitif dalam masalah ini, dan Mendo mungkin menjadi mangsa keadaan.
Hey there, thanks for reaching out to us. While I am sorry to hear about your ban, we’re unable to speak of the details surrounding a ban. You’ll need to speak with our Terms of Service team to have this investigated. Learn how to here: … https://t.co/2Aag4YN2Di
— EA Help (@EAHelp) September 22, 2021
Respawn tidak menjelaskan mengapa Mendo dikenakan ban selain daripada ‘menipu’. Mungkin dia benar-benar menipu, tetapi ramai yang setuju bahawa ini tidak benar.
Kicauan itu juga menunjukkan akaun utamanya selamat daripada dihalang untuk dimainkan. Walaubagaimanapun, Mendo tidak peduli.
reach out to this ratio
— Liquid Mendo (@Mendo) September 22, 2021
Beliau hanya memberi respon dengan nada yang menyindir dan terus melompat ke akaunnya yang lain.
Nampaknya kaedah melarang oleh EA dan Respawn ini tidak seefektif yang dijangkakan mereka.