Pemain profesional VALORANT mohon maaf kerana ‘teabag’ ketika perlawanan

Menembak badan musuh (yang sudah mati) dalam permainan FPS atau istilahnya, ‘teabag’ sudah lama dianggap tidak menghormati lawan dan selalu digunakan.

Seorang pemain dari Jepun, Yuto ‘million’ Ueno yang bermain ketika Japanese Challengers untuk pasukan Murash Gaming bagaimanapun melanggar peraturan.

Kejadian ini berlaku ketika berlawan dengan IGZIST apabila dia terus menerus menembak mayat musuh selepas memenangi pusingan itu.

Million kini sudah membuat permohonan maaf di laman Twitternya.

“Saya tidak akan menembak mayat lagi kerana hal ini melanggar peraturan pertandingan VCJ,”

Perkara ini bukan pertama kali berlaku dan terjadi beberapa tahun lepas ketika VALORANT Champions Tour yang ditegur untuk tidak ‘teabag’.

Jepun juga akan mengadakan pertandingan antarabangsa VALORANT  mereka yang pertama iaitu VCT Masters Tokyo yang akan diadakan pada 11 Jun sehingga 25 Jun ini.

RELATED NEWS

+