Streamer Genshin Impact berjaya Full Stars Spiral Abyss untuk 150 akaun

Domain dan Spiral Abyss dalam Genshin Impact bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya untuk pemain-pemain baharu.

Malah ada sesetengah pemain lama masih menghadapi masalah dengan Spiral Abyss.

Spiral Abyss adalah satu domain untuk anda menguji kekuatan karakter anda dan kebolehan diri sendiri.

MaybeHeavenly berjaya mendapatkan 36 Bintang untuk Spiral Abyss dan paling mengejutkan dia berjaya mendapatkan bintang penuh untuk 150 akaun.

Dia mengambil masa selama 84 jam dan dipercayai rekod ini adalah yang pertama untuk mana-mana pemain Genshin Impact.

Pasukan Genshin Impact yang diperlu hadapi juga sangat berbeza-beza dan menyukarkan lagi keadaan kerana akaun berbeza sudah pasti pasukan Genshin yang berbeza.

Heavenly percaya rekod ini bakal diubah tidak lama lagi.

“Saya adalah orang pertama melakukan perkara ini dan sudah semestinya bukan yang terakhir.”

RELATED NEWS

+