Peminat Pokemon TCG kecam staf pencetak kad curi ribuan kad Secret Rare

Satu skandal baru dalam komuniti Pokemon TCG baru-baru ini muncul.

Hal ini berlaku kerana ramai peminat hairan dengan set kad dari tahun 2021 iaitu Fusion Strike tidak mempunyai banyak Secret Rare langsung.

Tetapi satu ciapan di Twitter menjumpai ribuan kad Secret Rare dari set Fusion Strike.

Kedai Trading Card World adalah satu kedai dan komuniti kad di Dallas, Texas.

Saw this on a FB group. Allegedly, printing company worker stole hits off the line and tried to offload them to a LGS.
by u/GuavaWave inPokemonTCG

Mereka berasa curiga apabila terdapat seseorang yang mahu menjual begitu banyak sekali Secret Rares.

Kedai kad itu kemudiannya menghubungi The Pokemon Company International untuk pengesahan.

Rupa-rupanya kad-kad yang diperoleh itu adalah hasil pencurian staf penerbitan kad sebelum penjualan kad berlangsung.

Menurut PokeBeach, percetakan kad dari pengeluar adalah sebanyak 27 juta kad sehari dan jenama Pokemon pula mencetak berbilion kad setiap tahun.

Jadi kebarangkalian kotak yang mempunyai Secret Rare akan merosakkan pengeluaran satu kotak baru sangat kecil.

RELATED NEWS

+