Pemodelan 3D untuk beberapa watak Marvel’s Avengers dilakukan oleh studio Malaysia

Studio seni tempatan Lemon Sky Studios mendedahkan bahawa mereka terlibat dalam pembangunan Marvel’s Avengers. Permainan itu dibangunkan oleh Crystal Dynamics dan ia dilancarkan pada 4 September baru-baru ini.

Menurut kenyataan daripada Lemon Sky Studios, mereka terlibat dalam kerja pemodelan 3D untuk beberapa watak dalam permainan tersebut termasuk watak-watak utama seperti Captain America dan Kamala Khan AKA Ms. Marvel.

Kevin Lai, Head of Production di Lemon Sky Studios berkata, “Kami menggunakan platform hak milik Crystal Dynamics iaitu “Horizon” untuk projek ini. Ia digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan untuk aset-aset dan model watak-watak dalam permainan ini.”

Sebelum ini, Lemon Sky Studios juga terlibat dalam pembangunan permainan-permainan popular lain seperti The Last of Us Part II dan Final Fantasy VII Remake.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+