Pencabar baru PMPL, Astra X kini bernaung di bawah NSP Esports!

Astra X adalah salah satu pasukan yang berjaya mara ke PMPL MY/SG musim keempat sebelum ini. Mereka pada awalnya bermula dari PMNC 2021 dan berada di kedudukan ke-10 di dalam pertandingan itu.

Selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan, mereka memperolehi tempat keempat dan menjadikan mereka antara salah satu pasukan untuk bertanding di PMPL MY/SG musim keempat.

Kini mereka sudah bernaung di bawah organisasi NSP Esports, ia adalah satu peluang yang baik pada mereka kerana berjaya mendapatkan sponsor untuk pasukan. 

Keputusan ini dikongsi di dalam satu catatan di Facebook rasmi NSP Esports, Astra X akan menggunakan nama sebagai NSP Astra dan organisasi itu mengharapkan para peminat untuk memberi sokongan kepada mereka.

20 pasukan akan bertanding di PMPL MY/SG musim keempat, 16 pasukan teratas akan melayakkan diri ke peringkat country finals. Adakah pasukan ini akan memberikan saingan kepada 19 pasukan yang lain? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+