Pencipta Yu-Gi-Oh!, Kazuki Takahashi mati lemas kerana selamatkan nyawa

Dalam usaha menyelamatkan tiga orang dari arus ombak yang sangat deras, pencipta Yu-Gi-Oh!, Kazuki Takahashi terkorban pada 4 Julai lalu.

Berita ini dilaporkan oleh Stars & Stripes, mengatakan artis manga terkenal itu membantu pegawai tentera Amerika, Maj. Robert Bourgeau tapi mati lemas ketika proses itu. Beberapa saksi mendakwa melihat Takahashi sebelum dia hilang dibawa ombak.

“Dia adalah hero. Dia (Takahashi) terkorban cuba menyelamatkan nyawa orang lain,” kata Bourgeau.

Mayat Takahashi ditemui dua hari selepas itu, kira-kira 1,000 kaki jauh di pesisiran pantai di Awa, bandar Nago.

Mengimbau kejadian, Borgeau ketika itu berjaya menarik dua orang mangsa, seorang wanita Jepun dan anaknya yang ditarik ke dalam arus. Proses menyelamat itu lebih sukar kerana datangnya ombak setinggi enam kaki yang menyebabkan pusaran air.

Walaupun dirinya berisiko lemas juga, Bourgeau berjaya menarik mangsa ketiga, seorang askar Amerika Syarikat keluar dari pusaran air dan ke pesisir pantai.

Takahashi dikenali dengan penciptaan Yu-Gi-Oh! yang memfokuskan permainan ‘tabletop’ dan juga manga yang diterbitkan di Shonen Jump. Ia menjadi shonen manga yang terkenal di sepanjang terbitannya.

Artikel ini diterjemahkan dari IGN SEA.

RELATED NEWS

+