Frankfurt: Edisi keempat Bundesliga’s international EA SPORTS FIFA eSports kini dibuka untuk semua."> Frankfurt: Edisi keempat Bundesliga’s international EA SPORTS FIFA eSports kini dibuka untuk semua." /> Frankfurt: Edisi keempat Bundesliga’s international EA SPORTS FIFA eSports kini dibuka untuk semua." />

Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua

Frankfurt: Edisi keempat Bundesliga’s international EA SPORTS FIFA eSports kini dibuka untuk semua.

Pendaftaran bermula pada 4 Mei sehingga 29 Mei 2021. Semua pemain FIFA21 dan FIFA Online 4 juga boleh bermain sebagai pasukan bola Bundesliga mengikut kesukaan masing-masing.

VBL International Series akan disertai oleh 17 negara di tiga benua seluruh dunia. Pemilihan peringkat negara dan peringkat wilayah akan bermula Mei ini.

Peminat-peminat Bundesliga jugak kini berpeluang untuk mendapat hasil kemenangan daripada AS$10,000 (RM40,000) jumlah hadiah terkumpul.

Kelayakan peringkat kebangsaan sudah bermula pada semalam mengikut negara masing-masing.

Pemain dari Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan bertanding bagi bahagian Amerika Utara manakala Brazil, Argentina, Colombia, Chile dan Peru untuk Amerika Selatan.

Kesemua perlawanan akan menggunakan konsol PS4 dalam “90 Mode” FIFA 21 dimana semua rating untuk semua kelab bola adalah sama.

Di Asia pula, Jepun, Singapura, Indonesia, India dan Malaysia juga menggunakan mod yang sama. Untuk pertama kalinya VBL International menggunakan FIFA Online 4 untuk China, Vietnam, Korea Selatan dan Thailand.

16 pemain dari setiap kawasan negara akan merebut peluang bagi mendapatkan hasil kemenangan jumlah hadiah terkumpul.

Battlefy juga akan menjadi hos untuk portal perlawanan bagi semua pemain untuk mendaftar. 

Menurut CEO Bundesliga International Robert Klein, beliau beranggapan VBL International Series ini memberi peluang kepada semua orang untuk berjaya samada anda pemain veteran atau baru, anda masih ada peluang untuk ke perlawanan akhir.

Untuk info lebih lanjut mengenai VBL International Series 2021 anda boleh klik link ini. 

RELATED NEWS

+