Pemain midlaner pasukan Falcon Esports, menyatakan bahawa pendapatan sebagai pemain profesional di negaranya sangat rendah.
“Jika ada peluang, saya tidak mahu bermain di Myanmar. Pendapatan sebagai pemain profesional di sana sangat rendah.”
“Sekiranya pihak MPL atau Moonton memberikan sokongan yang sama seperti MPL di negara lain untuk negara Myanmar, pasti lebih ramai pemain profesional akan muncul di Myanmar” katanya.
Apabila ditanyakan negara mana yang ingin ditujunya, dia menjawab sama ada Indonesia atau Filipina.
“Tetapi jika ada peluang, saya mahu pergi ke negara lain seperti Indonesia atau Filipina kerana ia lebih kompetitif di sana” katanya.
Falcon Esports merupakan pasukan kuda hitam di kejohanan MSC 2022. Mereka sempat menewaskan pasukan gergasi Indonesia ONIC ID dengan skor 2-0 semasa di peringkat kumpulan.
View this post on Instagram
Mereka juga berjaya mengalahkan pasukan Todak semasa di peringkat lower bracket dengan skor 3-1.
Namun perjalanan mereka terhenti apabila pasukan mereka tewas kepada pasukan Omega Esport buat kali kedua.
Meskipun mendapat tempat keempat pada kejohanan MSC 2022, pujian harus diberikan kepada pasukan Falcon Esports kerana mereka berjaya menunjukkan aksi yang cukup cemerlang di kejohanan itu.
Sumber dan foto: esportsid