Coach Dale sertai Team Outplay sebagai jurulatih interim

Jurulatih Homebois, Dale diumumkan bahawa dia menyertai pasukan Amerika Utara, Team Outplay sebagai jurulatih interim bagi membantu pasukan itu menghadapi Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2023.

Ini selepas MLBB Esports serta Team Outplay mengumumkan berita itu di laman sosial mereka.

Pasukan itu akan diketuai oleh Hoon, Basic, Shark, Ureshi, Bestplayer1 dan Promise. Mereka menggantikan pasukan MobaZane yang gagal hadir kerana melanggar peraturan MSC.

Sudah semestinya jurulatih kelahiran FIlipina ini akan membawa impak yang besar pasukan itu dengan draft serta corak permainan yang berbeza.

Walaubagaimanapun, Homebois tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pengumuman ini dan status Dale sebagai jurulatih Homebois untuk musim hadapan masih tidak diketahui.

Dale adalah jurulatih terbaik pada musim ke-11 MPL MY dan dia juga pernah membimbing Falcon Esports sehingga ke tempat kelima dan keenam di kejohanan dunia M4.

RELATED NEWS

+