Pengarah Kong: Skull Island Mendapat ‘Restu’ Hideo Kojima Untuk Mengarah Filem Metal Gear Solid

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Metal Gear Solid bukan saja francais yang popular tapi ia dinaungi oleh Hideo Kojima yang disanjungi ramai. Jadi dah tentunya mereka perlu mencari pengarah yang paling berkaliber untuk memikul tanggungjawab membawa siri permainan video itu ke layar perak.

Pilih punya pilih, nampaknya Jordan Vogt-Roberts adalah calon sesuai untuk mengarah filem Metal Gear Solid dan dah direstui Hideo Kojima sendiri. Tapi kalau kita perhatian, bukan senang nak adaptasi tone dan plot Metal Gear Solid. Ia penuh cabaran. Pastinya peminat ingin filem itu stay true kepada siri permainan videonya.

Green light daripada Kojima bukanlah kejutan. Beliau dan Jordan pernah berjumpa banyak kali sebelum ini dan bercakap mengenai adaptasi ini dan juga projek seterusnya iaitu Death Stranding. Selain restu dari Kojima, ramai yang mengatakan Jordan sesuai menjadi pengarah kerana beliau berpengalaman menghasilkan filem hebat seperti Kong: Skull Island.

Buat masa ini, masih belum ada desas desus jika filem ini akan memasuki fasa pra-produksi tak lama lagi. Apa yang pasti, filem ini pastinya menjanjikan pengalaman terbaik untuk peminat kerana pengarah itu sendiri mendapat ‘restu’ daripada Kojima sendiri untuk meneruskannya.

Sumber: Screen Rant

RELATED NEWS

+