Diane Kruger Mungkin Akan Memegang Watak Protagonis Wanita Dalam Death Stranding

Death Stranding, karya terbaru Hideo Kojima mungkin akan mempertimbangkan Diane Kruger sebagai salah satu karakter misteri dalam game itu.

Setakat ini, kita dapat tahu beberapa pelakon ternama seperti Norman Reedus yang membintangi The Walking Dead tapi kali ini ura-ura mengatakan protagonis wanita terbaru akan dilakonkan Diane Kruger.

Bagi yang tak mengenalinya, Diane pernah membintangi beberapa filem dan rancangan televisyen termasuk filem National Treasure, Inglorious Basterds, The Infiltrator dan rancangan televisyen The Bridge serta banyak lagi.

Seorang Youtuber, YongYea menunjukkan beberapa bukti bagaimana Kruger boleh terbabit. Pertamanya, salah satu scene dalam game itu akan bertempat di Perancis dan terdapat dialog dalam bahasa Jerman – Kruger berasal dari Jerman. 

Kojima juga pernah twit pada Disember 2016 “Akhirnya saya dapat berjumpa pelakon wanita yang saya minati selama 10 tahun,” Ada yang percaya ia mungkin Emma Stone dari La La Land tapi 10 tahun itu merujuk kepada National Treasure.

Kojima dan pembantunya juga dikenal pasti dalam satu gambar yang menampilkan Reedus dan Kruger bersama mereka jadi ada kaitan di situ. Tapi ketika itu, Reedus sedang dating bersama Kruger jadi mungkin juga mereka hanya membuat lawatan ke set. 

Tapi ada satu lagi gambar yang mana Kojima dan Kruger dilihat tengah keluar bersama jadi ada kemungkinan mereka sedang bekerjasama untuk satu projek.

Kita mungkin akan tahu lebih lanjut pada acara E3 untuk info lanjut mengenai pelakon lain dalam game Death Stranding.

Death Stranding masih tiada tarikh pelancaran rasmi tapi berkemungkinan akan hadir pada tahun depan di PlayStation 4.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+