Rumor: Super Smash Bros. Mungkin Memperkenalkan Solid Snake dan Minecraft

Nintendo pun ada kejutan mereka yang tersendiri sempena E3 dan ia semestinya berkaitan dengan projek besar mereka iaitu Super Smash Bros.

Sebelum ini, Comicbook melaporkan beberapa karakter akan menyertai fighting game itu antaranya Ridley dari Metroid, Simon Belmont dari Castlevania dan ramai lagi. Tapi kali ini, terdapat khabar angin mengatakan ada cross universe dengan Microsoft.

Pengguna Reddit, Vergeben melaporkan Solid Snake dari francais Metal Gear Solid akan diperkenalkan semula dalam permainan. Snake juga akan ditemani karakter klasik Ice Climbers. Kedua-dua karakter ini sangat popular dalam kalangan peminat tak lama dulu tapi tak dimasukkan dalam Smash Bros di Wii U dan Nintendo 3DS. Kalau mereka boleh buat comeback, mesti lagi seronok.

Tapi yang paling menarik mengenai khabar angin ini ialah Minecraft mungkin akan terlibat dalam Smash Bros. Mungkin juga Steve akan menjadi karakter dengan Minecraft punya background dan pickaxe sebagai senjata.

Vergeben mempunyai reputasi yang baik dalam meneka khabar angin ini. Sebelum ini, dia pernah meneka yang Teenage Mutant Ninja Turtles akan keluar dalam Injustice 2.

Tapi kalau betul Nintendo akan bekerjasama dengan Microsoft, kita akan nampak lebih banyak karakter dari Microsoft membuat kemunculan dalam Super Smash Bros nanti.

Ia akan dilancarkan di Nintendo Switch pada tahun ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+