Pengarah Kreatif Naughty Dog Berkongsi Bagaimana Konsep The Last of Us 2 Diilhamkan

The Last of Us, satu karya agung yang diinspirasikan dari wabak zombi yang terjadi akibat jangkitan spora cendawan tidak pernah gagal menarik perhatian gamers di seluruh dunia. Naughty Dog memahami peminat yang dahagakan edisi kedua dan baru-baru ini berkongsi satu maklumat baru (bukan tarikh keluar ya) kepada peminat.

Pengarah Kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann berkongsi bagaimana syarikat itu mendapat inspirasi untuk menghasilkan The Last of US 2 di DICE 2018.

“Ada satu siri di Netflix bernama The End of the F***ing World yang ditulis dengan baik dan disertakan lakonan yang mantap. Ini menjadi inspirasi untuk apa yang kami hasilkan setakat ini dalam proses The Last of Us 2 terutamanya dari segi dialog,”

Neil juga berkongsi bagaimana idea asal The Last of Us terhasil daripada ICO dan gabungkan dengan karakter Sin City. Tambahan, Neil berkata bagaimana Crash Bandicoot belum sempat dimasukkan dalam Uncharted 4 kerana ketika itu ia bukan di bawah projek Naughty Dog.

Walaupun hanya berkongsi idea dan inspirasi untuk The Last of Us 2, Neil tidak menyentuh langsung mengenai tarikh rasmi bila ia akan keluar – netizen membuat spekulasi bahawa tarikhnya ialah pada tahun ini (2018). Apa pun Naughty Dog pastinya akan memberitahu tarikh rasmi apabila pembangunnya sudah hampir siap kelak.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+