Penyokong RRQ Hoshi serang akaun Instagram Blacklist International

Perlawanan di antara Blacklist International dan RRQ Hoshi di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 mengundang kemarahan penyokong RRQ Hoshi selepas mereka tewas dengan skor 1-2.

Terdapat segelintir dari penyokong membuat komen provokasi di akaun Instagram Blacklist International dan mereka turut melaporkan akaun itu untuk disekat oleh pihak Instagram.

Hasilnya, Instagram Blacklist International tidak dapat diakses oleh kerana laporan palsu yang bertubi-tubi dihantar oleh penyokong pasukan juara tiga kali MPL Indonesia itu.

Pengasas RRQ Andrian Pauline berkata, provokasi dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab malah ia memburukkan nama pasukan RRQ itu sendiri.

“Penyokong sejati RRQ Hoshi tidak akan membuat begitu, mereka akan tetap menyokong pasukan ini walaupun kalah atau menang. Mereka tidak akan membuat perkara yang mendatangkan keburukan kepada pasukan sokongan mereka,” tambah beliau.

Begitu hebat sekali desakan dan ancaman dari penyokong Indonesia menyuarakan ‘sokongan’ kepada pasukan yang kalah. Diharap perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan dan mereka harus akur dengan kekalahan dan tidak mudah melatah.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+