Perbandingan statistik MPL dari negara berasingan, Malaysia paling tinggi mata bunuh

Setiap Liga Profesional Mobile Legends (MPL) mempunyai perbezaan meta dan juga kemahiran yang dimiliki oleh setiap negara. Buat masa ini, hanya dua negara yang menggunakan sistem francais iaitu Indonesia dan juga Filipina.

Untuk pemilihan hero, Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan 82 hero yang berbeza dimainkan semasa liga itu sementara Indonesia menggunakan 84 hero sepanjang MPL ID. Filipina berada di tempat kedua dengan 83 hero.

Selain itu, untuk pungutan mata singkir pula adalah Malaysia mendahului dengan 5382 mata sementara Indonesia dengan 5333. Jelas sekali di MPL MY, Malaysia lebih mengutamakan objektif untuk menumbangkan hero pihak musuh di dalam pertarungan.

Bagi pungutan mata bantuan (assist) yang dihulurkan menyaksikan Indonesia mendahului dengan 11,056 mata manakala Malaysia berada di tempat kedua dengan 10,763 mata. 

Berdasarkan statistik ini, negara Malaysia, Indonesia dan juga Filipina mendahului negara seperti Singapura, Brazil dan juga Kemboja.

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+