Percubaan Berjaya Dragons di SEA Championship 2021 kini bermula

SEA Championship 2021 ialah kejohanan League of Legends: Wild Rift yang dianjurkan oleh Riot Games dan ESL Asia yang akan diadakan bermula dari 14 September hingga 3 Oktober ini.

Petang ini, antara perlawanan yang dinantikan ialah perlawanan antara pasukan Berjaya Dragons dan Burimam United akan menjadi perlawanan kedua yang akan berlangsung. 

Bagi peringkat Play-Ins ini, pemenang akan ditentukan melalui perlawanan lima terbaik (BO5). Pemenang bagi pusingan ini akan berjaya untuk mara ke peringkat Kumpulan.

Kejohanan ini akan melibatkan 9 buah negara dan wilayah di Asia Tenggara dan sekitar iaitu, Vietnam, Malaysia, Thailand, Taiwan, Filipina, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Oceania.

Pemenang akan memenangi prize pool sehingga RM830,000 dan dua pasukan akan layak ke World Championship 2021.

Kejohanan SEA Championship 2021 akan bermula dengan peringkat Play-Ins yang akan berlangsung pada 14 – 19 September 2021, kemudian peringkat Kumpulan pada 23 hingga 26 September dan Playoffs pada 30 September hingga 3 Oktober.

Bagi anda yang ingin menonton perlawanan Berjaya Dragons, anda boleh saksikan pada jam 3.00 petang waktu Malaysia, di saluran Bahasa Malaysia di

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Wild Rift Competitive Play dan ikuti ESL Asia di Facebook, Twitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+