Perjalanan Homebois terhenti di sini…

Perlawanan kedua peringkat playoff MPL MY di hari kedua menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan pasukan RSG MY. 

Permainan pertama memihak kepada pasukan RSG MY apabila mereka membawa Balmond untuk bermain objektif. Homebois sukar untuk mendapatkan objektif dengan penggunaan Fanny oleh Chibi.

Homebois membalas dendam di perlawanan kedua dan bermain dengan menfokuskan objektif. Mereka tidak fokus kepada pertarungan yang cuba dipaksa oleh pasukan RSG MY.

Bengg yang menggunakan Valentina di minit akhir permainan membuat satu percaturan yang membantu pasukannya memenangi perlawanan dengan penggunaan Feathered Air Strike.

Namun begitu, pasukan RSG MY menghancurkan impian Homebois untuk layak ke Kejohanan Dunia M4 dengan kemenangan di perlawanan ketiga.

RELATED NEWS

+