Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS

Para peminat kumpulan Bangtan Boys atau BTS semestinya teruja apabila mengetahui bahawa permainan mudah alih BTS Universe Story kini telah dilancarkan untuk Android dan iOS.

Permainan tersebut dibangunkan oleh syarikat terkenal Netmarble dan ia boleh dimuat turun secara percuma. Ini merupakan kali kedua Netmarble dan Big Hit Entertainment bekerjasama. Sebelum ini, mereka berkolaborasi untuk mengeluarkan permainan BTS World.

Dalam permainan ini, pemain akan menciptakan jalan cerita tersendiri dalam pelbagai jenis dunia yang mempunyai watak-watak berdasarkan ahli kumpulan BTS.

Permainan ini berfungsi lebih kurang seperti sebuah permainan visual novel di mana pemain boleh membuat beberapa keputusan penting untuk mengubah jalan cerita. Bagi anda yang lebih kreatif, terdapat juga mod “Story Creation” untuk penciptaan jalan cerita unik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+