Permainan klasik PlayStation ini dikatakan akan dibawa ke PS5

Para peminat tegar permainan era PS1 dan PS2 pasti teruja kerana terdapat khabar angin, bahawa Twisted Metal akan dibawa ke PlayStation 5. 

Pengguna Twitter kongsikan melalui ciapannya bahawa studio yang berpangkalan di United Kingdom iaitu Lucid Games sedang membangunkan sebuah permainan permainan first-party flagship AAA IP untuk PS5.

Lucid Games sebelum ini pernah membangunkan Destruction AllStars, permainan eksklusif PS5 yang mendapat 63 mata di Metacritic. 

Namun, berita ini masih lagi dalam fasa khabar angin. Walaubagaimanapun, dengan adanya ketirisan melalui LinkedIn ini sedikit sebanyak mampu memberikan harapan buat para peminat permainan klasik ini. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+