Permainan mudah alih dari Malaysia, ‘Claw Stars’ menggabungkan skil arked kren dengan hamster angkasa

Claw Stars ialah permainan berbilang pemain yang menawarkan permainan unik pada mesin arked klasik dengan menambah permainan lebih aktif dan barang koleksi. 

Pemain akan sertai hamster angkasa di dalam kapal angkasa dan mencari kekayaan yang ditinggalkan peradaban masa lalu.

Dalam setiap peringkat, pemain mesti selamatkan haiwan comel dan dapatkan barang koleksi menggunakan kren kapal angkasa untuk memenangi harta dan barangan misteri. 

Pemain juga digalakkan untuk serbu simpanan rakan mereka untuk ditambah ke koleksi mereka sendiri.

Sambil menjelajah di ruangan angkasa, pemain juga akan membina dan menyelamatkan planet, sambil memenuhkan kapal angkasa mereka dan membuka kostum. 

Selepas fasa pra-daftar, Claw Stars kini tersedia di Android dan iOS.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk berita penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+