Permainan Seakan PUBG Akan Turut Dilancarkan Di China Pada 2018

Syarikat yang dikenali dengan We Chat, Tencent mengumumkan akan membangunkan permainan seakan Playerunknown’s BattleGrounds (PUBG) di China dan ia kelihatan sangat menarik!

Dipanggil Europa, ia memuatkan 100 pemain dalam satu kawasan berbentuk pulau untuk survive selama mungkin dan menjadi the last one standing. 

Game itu dikatakan akan menampilkan sistem cuaca yang dinamik dan environment yang boleh dimusnahkan seperti dalam trailer di bawah.

Langkah ini menunjukkan Tencent ingin push genre Battle Royale ini di benua itu dan penulis boleh katakan Europa punya potensi kerana sistem baru seperti cuaca dan destructible environments nampaknya membawakan sesuatu yang baru.

Permainan itu juga mempunyai grafik yang agak menarik dan page untuknya sudah mula diwujudkan di Steam tapi bukan dalam bahasa Inggeris. Ia akan dilancarkan pada tahun depan. 

RELATED NEWS

+